Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Geng pemburu air terjun

Aug 17, 2025 | 5:30 AM
Kelab Air Terjun yang terdiri daripada bapa-bapa Singapura (tengah) dan Encik Muhammad Muttaqin Ahmad Razman, pemuda Malaysia (kiri) adalah antara pemburu air terjun Malaysia.
Kelab Air Terjun yang terdiri daripada bapa-bapa Singapura (tengah) dan Encik Muhammad Muttaqin Ahmad Razman, pemuda Malaysia (kiri) adalah antara pemburu air terjun Malaysia. - GRAFIK MOHD SAMAD AFANDIE

‘Kelab Ayer Terjun’ – itulah nama yang sekumpulan 11 bapa menggelarkan diri mereka sedang mereka menanam hajat melaksanakan misi memburu air terjun di setiap negeri Malaysia yang dikunjungi.

Sejauh ini, kumpulan tersebut telah melawat lima tapak air terjun termasuk dua yang telah tutup, di Semenanjung Malaysia.

Namun lebih daripada sekadar kegiatan mencari air terjun, ‘geng bapak-bapak’ ini melihatnya sebagai cara untuk merapatkan semula hubungan mereka sebagai sahabat setelah sekian lama sibuk mengurus kehidupan masing-masing sejak sudah berkeluarga.

Salah seorang anggota ‘Kelab Ayer Terjun’, Encik Mohamad Firdaus Hasbullah, 44 tahun, bagaimanapun akui bahawa rancangan mereka tentu tidak mampu dicapai tanpa sokongan isteri masing-masing yang telah memberi ‘lampu hijau’ untuk mereka bercuti.

“Kalau kami ajak ke tempat begini, tentu mereka kata ‘tak nak ikutlah pergi tempat tersorok-sorok!’ Lagipun, kami perlu memandu masuk hutan dan sebagainya yang dianggap agak lasak,” tambah Encik Firdaus, bapa dua anak yang bekerja sebagai pengurus akaun teknikal.

Seorang lagi bapa dua anak, Encik Mohammad Ridzuan Abdul Aziz, 44 tahun, yang bekerja sebagai penganalisis keselamatan berkata:

“Kami cuba pergi ke tempat yang isteri kami sendiri tidak teringin pun nak pergi.”

Air terjun sememangnya menjadi daya tarikan buat golongan pengembara yang ingin mendekatkan diri dengan keindahan alam semula jadi.

Negara jiran, Malaysia, sememangnya tidak kekurangan air terjun cantik yang sesuai dijadikan latar belakang foto indah dipandang mata, dengan lebih 100 air terjun yang sudah diketahui.

Dengan penggunaan media sosial yang berleluasa, sesetengah ‘pemburu’ air terjun pula giat merakam pengalaman mereka di wadah seperti TikTok dan Instagram.

Antaranya ialah warga Malaysia, Encik Muhammad Muttaqin Ahmad Razman, 26 tahun, yang kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Sejak menjejakkan kaki di air terjun pertama pada 2018, pemuda itu sudah menawan 113 air terjun di serata Malaysia termasuk di Seremban, Selangor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Perak.

Misinya pula adalah untuk kunjung ke lebih 200 air terjun.

“Setiap air terjun yang saya kunjungi ada keunikan tersendiri – dari segi bentuk geografi, ketinggian, sampai jatuhan air pun lain-lain.

“Itu yang buat saya rasa teruja setiap kali nak teroka tempat baru. Selain itu, aktiviti ini juga buat saya rasa lebih dekat dengan alam,” ujar pengurus itu ketika dihubungi Berita Minggu (BM).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg