SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ganjaran di hujung jari di VivoCity

Ganjaran di hujung jari di VivoCity

Oct 23, 2024 | 5:30 AM

Ganjaran di hujung jari di VivoCity

Poster program faedah untuk pelanggan VivoCity yang dilancarkan pada 18 Oktober.
Poster program faedah untuk pelanggan VivoCity yang dilancarkan pada 18 Oktober. - Foto VIVOCITY

Mulai 18 Oktober, VivoCity memperkenalkan program kesetiaan terbaru, VivoRewards, yang menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih memuaskan dengan ganjaran serta-merta dan pelbagai kelebihan eksklusif.

Melalui aplikasi yang ditingkatkan itu, anggota kini boleh mendapatkan faedah elektronik, VRPoints secara serta-merta selepas setiap pembelian dengan hanya mengimbas kod QR keanggotaan mereka di terminal VivoRewards.

Program itu turut menyediakan kemudahan dompet 3-dalam-1, yang membolehkan penebusan mata VRPoints, VivoCity eVouchers, dan Retailer eVouchers dalam satu transaksi mudah.

Untuk meraikan pelancaran tersebut, VivoCity menawarkan promosi ‘belanja dan tebus faedah’ dari 18 Oktober hingga 3 November 2024.

Anggota biasa yang membelanjakan $250 boleh menebus eVoucher bernilai $5; sementara anggota Gold berpeluang menebus eVoucher bernilai $10.

Untuk pembelian terkumpul $1,000, ahli Gold layak mendapatkan eVoucher Tangs bernilai $50.

Laporan berkaitan
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg