Galeri dua negara gabung tenaga papar lukisan seniman Malaysia
Premium
Galeri dua negara gabung tenaga papar lukisan seniman Malaysia
Pameran lukisan 'orang muda berjiwa lama' dengan karya istimewa dan segar
Sep 19, 2019 | 5:30 AM
MAHU SEMUA NIKMATI SENI: Cik Masturah Sha'ari, pemilik bersama Maya Gallery, mahu orang fikirkan apakah cerita di sebalik sebuah karya, dan bagaimana seorang seniman menghasilkan lukisan itu. - Foto fail -
BALAI seni milik anak Melayu, Maya Gallery, buat kali pertama bekerjasama dengan galeri asing bagi memaparkan karya lukisan seniman Malaysia dalam pameran berjudul Nostalgia Timur.
Galeri berusia tujuh tahun milik pasangan suami isteri, Encik Jeffrey Wandly dan Cik Masturah Sha'ari, itu kini menempatkan 20 keping lukisan pelukis asal Perak, Encik Husin Othman, selama sebulan sehingga 5 Oktober.

