Premium
Dulu tersingkir, kini Idayu juara AF Megastar
Oct 24, 2017 | 5:30 AM

TERKEJUT DENGAN KEMENANGAN: Idayu yang terkenal dengan julukan 'Mariah Carey Malaysia' tidak menduga selepas 12 tahun menanti rezeki dalam bidang nyanyian, impiannya akhirnya tercapai dengan kemenangan bermakna sebagai juara Akademi Fantasia (AF) Megastar. - Foto NUR HUMAIRA SAJAT -
Akademi Fantasia (AF) Megastar adalah wadah bagi alumni program realiti popular Astro agar kekal relevan dan mencipta diri mereka semula. Dengan ia melabuhkan tirainya kelmarin, kelima-lima finalis khususnya sang juara, Nur Farah Idayu Yaakob, menyimpan tekad terus memeriahkan industri seni dengan kematangan dan perancangan lebih teliti. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan dari Shah Alam, Selangor.
RAMAI yang hairan mengapakah bakat juara Akademi Fantasia (AF) Megastar, Nur Farah Idayu Yaakob, terlepas pandang oleh penonton AF (Musim Ketiga) dahulu sedangkan wanita berkarisma ini memiliki daya vokal luar biasa lagi bertaraf antarabangsa.

