Topik diikuti
Pergi ke BHkuDolly Parton manfaat usia senja dengan projek derma buku

DOLLY PARTON: Ringan tangan membantu pelbagai projek kemasyarakatan termasuk menggalak keupayaan membaca golongan memerlukan dalam 'The Imagination Library' yang akan menderma sebuah buku kepada kanak-kanak memerlukan di California mulai Jun tahun ini. - Foto REUTERS
Dolly Parton manfaat usia senja dengan projek derma buku
PADA usia 76 tahun kini, penyanyi dan penggubah lagu irama 'country', Dolly Parton, sibukkan dirinya dengan projek kemasyarakatan bagi menggalak kanak-kanak kurang berkemampuan rajin membaca.
Di Instagramnya baru-baru ini, Parton, pencipta lagu 'berhantu' Whitney Houston dan penyanyi asal I Will Always Love You, memuatnaikkan hantaran tentang program membaca 'The Imagination Library' yang beliau perkenalkan pada 1995 di Sevier County di Tennessee, Amerika Syarikat.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
