Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Destinasi mesra keluarga di Sentosa, seronok untuk si cilik

Dec 14, 2025 | 5:30 AM
Wartawan, Cik Nur Syuhrah Hassan (kiri) bersama anaknya, Nahil Ibrahim, menikmati penginapan di Village Hotel Sentosa pada November lalu.
Wartawan, Cik Nur Syuhrah Hassan (kiri) bersama anaknya, Nahil Ibrahim, menikmati penginapan di Village Hotel Sentosa pada November lalu. - Foto BM oleh NUR SYUHRAH HASSAN

Sebagai ibu bapa kepada seorang anak kecil yang berusia satu setengah tahun, merancang percutian singkat berupa cuti inap atau ‘staycation’ sememangnya mencabar.

Selain inginkan tempat yang selesa untuk merehatkan minda, ciri utama yang dicari ialah suasana yang menyeronokkan dan selamat untuk si cilik.

Baru-baru ini, kami sekeluarga berkesempatan menginap dua hari satu malam di Village Hotel Sentosa melalui jemputan media.

Saya akui, hotel ini menawarkan segala ciri hotel mesra keluarga yang kami impikan.

Kemudahan yang paling memikat hati saya dan turut menjadi kegemaran si kecil kami adalah kawasan kolam renangnya yang luas.

Pemandangan Adventure Pool, salah satu daripada empat kolam renang yang ditawarkan di Village Hotel Sentosa.
Pemandangan Adventure Pool, salah satu daripada empat kolam renang yang ditawarkan di Village Hotel Sentosa. - Foto-foto BM oleh NUR SYUHRAH HASSAN

Walaupun kolam Lazy River (kolam pusingan berarus perlahan untuk terapung santai menggunakan boya) sedang dalam kerja pembaikan sewaktu kunjungan kami (kini sudah beroperasi semula), tiga kolam lain yang tersedia lebih daripada mencukupi untuk mengisi masa seharian.

Bagi saya, tiada apa yang dapat menandingi kegembiraan melihat si kecil yang baru pandai berlari, bertepuk tangan dan terkinja-kinja setiap kali air pancut di Children’s Play Pool.

Kolam yang cetek dan selamat ini sememangnya direka khas untuk kanak-kanak bawah usia lima tahun meneroka sendiri, malah turut dilengkapi dua gelongsor untuk menambah keseronokan.

Ibu bapa pula boleh berehat dengan tenang sambil memantau mereka dari tepi kolam.

Pemandangan Pamukkale Pool, kolam renang bertingkat dan juga lengkap dengan infinity pool.
Pemandangan Pamukkale Pool, kolam renang bertingkat dan juga lengkap dengan infinity pool. - Foto BM oleh NUR SYUHRAH HASSAN

Sementara itu, bagi penggemar pemandangan indah, Pamukkale Pool wajib dikunjungi.

Jika anda gemar menikmati matahari terbenam berlatarkan laut, kolam renang dengan pemandangan bertingkat dan dilengkapi ‘infinity’ pool, ruang ini sesuai untuk melepaskan lelah.

Sambil berendam dalam air cetek di kolam bertingkat itu, si cilik seronok bermain air dan anda boleh menikmati suasana dan pemandangan tenang dengan hati yang lapang sambil memerhatikan mereka.

Kemudahan dan keselesaan kami sekeluarga tidak terhenti di kolam sahaja, malah ia juga dirasai melalui penginapan kami.

Penginapan kami adalah bilik Deluxe Family, yang merupakan dua bilik bersambung, menawarkan ruang seluas 44 meter persegi (sqm), dilengkapi dengan katil king size dan dua katil single, sesuai untuk menampung sehingga empat orang.

Bilik ‘Family Deluxe’ ialah bilik bersambung yang menawarkan katil king size.
Bilik ‘Family Deluxe’ ialah bilik bersambung yang menawarkan katil king size. - Foto BM oleh NUR SYUHRAH HASSAN

Kami sukakan konsep dua bilik bersambung ini kerana ia memberikan keluasan berganda dan kemewahan dua bilik air!

Ia sememangnya pilihan bijak untuk percutian keluarga kerana tidak perlu berebut ruang dan masa untuk bersiap.

Salah satu daripada bilik airnya juga menawarkan pilihan tab mandi atau bath tub, dan yang paling memuaskan hati saya ialah kemudahan bidet automatik, menampilkan mangkuk tandas elektrik dengan ciri-ciri pembersihan yang canggih.

Bilik yang bersambung mempunyai dua katil saiz single. Katil bayi disediakan atas permintaan.
Bilik yang bersambung mempunyai dua katil saiz single. Katil bayi disediakan atas permintaan. - Foto BM oleh NUR SYUHRAH HASSAN

Selain itu, reka bentuk perabot di sini sungguh sesuai untuk memaksimumkan ruang.

Contohnya, meja di bawah konsol TV boleh dibuka keluar agar boleh digunakan sebagai meja makan.

Sebagai ganti almari tradisional, mereka menyediakan kawasan berhampiran pintu yang dihiasi papan bergalur (fluted panel), di mana tiga kepingan kayunya boleh dilipat keluar menjadi penyangkut untuk menggantung pakaian atau beg.

Sungguh praktikal dan kreatif!

Tempat gantung yang kreatif dan menggunakan ruang dengan baik, ganti pembinaan almari. Kepingan kayunya boleh dilipat keluar menjadi penyangkut.
Tempat gantung yang kreatif dan menggunakan ruang dengan baik, ganti pembinaan almari. Kepingan kayunya boleh dilipat keluar menjadi penyangkut. - Foto BM oleh NUR SYUHRAH HASSAN

Kami juga menghargai suasana bilik yang ceria dan mesra kanak-kanak. Bilik ini diterangi cahaya semula jadi dan dihiasi lukisan dinding bertema kanak-kanak yang berwarna-warni.

Kami juga kagum dengan lampu hiasan unik yang mempunyai lubang kecil dengan pelbagai bentuk, menghasilkan corak cahaya menarik pada waktu malam, menjadikan ruang tidur si kecil lebih menyeronokkan.

Pemandangan dari bilik kami juga memukau, menghadap laut dan lokasi aktiviti ‘Movies by the Beach’ di Palawan Kidz City Roof Garden.

Jika bernasib baik, anda akan dapat melihat burung merak berkeliaran di taman tersebut.

Dari pemandangan itu juga kami dapat melihat langit biru jernih dan air laut yang kelihatan tenang berkilauan di bawah sinaran matahari, pemandangan yang amat mempesonakan terutama setelah bangun daripada tidur, lain daripada pemandangan harian.

Kemudahan paip air minuman yang ditapis yang disediakan terus di dalam bilik, dan cawan serta jag juga disediakan untuk mengamalkan amalan kemampanan.
Kemudahan paip air minuman yang ditapis yang disediakan terus di dalam bilik, dan cawan serta jag juga disediakan untuk mengamalkan amalan kemampanan. - Foto BM oleh NUR SYUHRAH HASSAN

Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah usaha hotel ke arah amalan kemampanan.

Tidak seperti hotel lain yang menyediakan botol plastik, di sini kami disediakan cawan dan jag air yang elegan.

Ini disokong oleh kemudahan paip air minuman yang ditapis yang disediakan terus di dalam bilik.

Selain itu, hotel ini menggalakkan tetamu menggunakan ‘Village Hub’ (pantri) di setiap tingkat yang menyediakan pek kopi dan teh serta kemudahan ais, yang tidak disediakan dalam bilik.

Selain semua kemudahan ini, kami juga gembira dengan usaha hotel untuk memastikan si kecil tidak bosan di mana-mana kerana di lobi, terdapat sudut kanak-kanak, dengan pelbagai permainan.

Ini sangat memudahkan ibu bapa terutama ketika mendaftar masuk.

Sudut kanak-kanak di lobi hotel.
Sudut kanak-kanak di lobi hotel. - Foto BM oleh NUR SYUHRAH HASSAN

Lokasi Village Hotel Sentosa adalah kelebihan yang sangat strategik.

Bagi keluarga, ia terletak hanya 10 hingga 15 minit berjalan kaki dari pantai Palawan (mesra kerusi roda/kereta sorong) dan hanya lima minit dari stesen Sentosa Express (Imbiah).

Ini memudahkan pergerakan kami ke mana-mana tarikan di pulau.

Selain itu, kedai serbaneka 7-Eleven betul-betul di sebelah hotel menambah kemudahan yang amat diperlukan.

Untuk pengalaman berbeza, kami turut menaiki kereta kabel – pengalaman istimewa buat suami dan si kecil kerana ini adalah kali pertama bagi mereka.

Wartawan, Cik Nur Syuhrah Hassan, bersama anaknya, Nahil Ibrahim, di Adventure Pool.
Wartawan, Cik Nur Syuhrah Hassan, bersama anaknya, Nahil Ibrahim, di Adventure Pool. - Foto BM oleh NUR SYUHRAH HASSAN

Secara keseluruhan, Village Hotel Sentosa memenuhi setiap kriteria percutian yang kami idamkan: dari kemudahan kolam yang menyeronokkan, bilik bersambung yang praktikal, lokasi yang strategik, hingga usaha kemampanan.

Ia adalah destinasi yang sangat disyorkan untuk keluarga yang mencari keselesaan dengan memenuhi keperluan si kecil.

Kami pasti akan kembali lagi untuk menikmati pengalaman mesra keluarga ini!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg