Dengan undian lebih 86 juta, Janna dinobat paling popular
Premium
Dengan undian lebih 86 juta, Janna dinobat paling popular
Nov 16, 2021 | 5:30 AM

KEMENANGAN PEMBANGKIT SEMANGAT: Setelah terjejas oleh gangguan bipolar dan mendedahkannya secara terbuka, pelakon, Janna Nick, meraih semangat baru selepas memenangi Anugerah Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian. - Foto INSTAGRAM JANNA NICK -
PELAKON Janna Nick dinobat sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Meraih sebanyak 86,374,777 undian peminat secara dalam talian, kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Janna, 26 tahun, berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta dan sebuah telefon bimbit tajaan Xiaomi.

