Premium
Datuk Adi Putra
Oct 27, 2017 | 5:30 AM

UNTUK KELUARGA DAN PEMINAT: Adi Putra berkongsi kejayaan mendapat anugerah gelaran Datuk kepada ibu bapa, keluarga dan peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada kerjayanya. - Foto INSTAGRAM ADI PUTRA -
PELAKON kelahiran Singapura, Adi Putra, kini bergelar Datuk selepas beliau menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) awal minggu ini.
Adi, yang nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, ialah antara 101 penerima darjah kebesaran sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, di Pahang, Selasa lalu.

