Topik diikuti
Pergi ke BHkuDaftar kelahiran sedunia terus naik, tapi 150j kanak-kanak gagal dikesan
Daftar kelahiran sedunia terus naik, tapi 150j kanak-kanak gagal dikesan
Lebih 500 juta – atau hampir lapan dalam 10 – kanak-kanak bawah lima tahun telah didaftarkan kelahiran mereka dalam tempoh lima tahun lalu, mencerminkan kemajuan ketara dalam mendapatkan identiti sah di serata dunia, menurut laporan Tabung Bantuan Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) baru yang dikeluarkan pada 11 Disember.
Laporan berjudul ‘Permulaan Tepat dalam Kehidupan: Trend dan paras sejagat dalam pendaftaran kelahiran, kemas kini 2024’ itu – dikeluarkan pada ulang tahun ke-78 Unicef – adalah maklumat terkini tentang bilangan kanak-kanak yang didaftarkan sejak 2019, apabila paras global mencapai 75 peratus.
