Penyanyi SG sudah 2 tahun tidak dapat beraya bersama keluarga di Perth
Penyanyi SG sudah 2 tahun tidak dapat beraya bersama keluarga di Perth
Sebak semasa nyanyikan lagu 'Sepasang Kurung Biru' di kaca televisyen baru-baru ini
Sambutan Hari Raya tahun ini yang digelar 'Cov-Eid Mubarak' oleh warganet merupakan perayaan yang membangkitkan ingatan dua bakat setempat terhadap keluarga terdekat yang terpisah mahupun pekerja asing yang diuji dengan koronavirus. Di sebalik musibah itu, kedua-dua anak muda yang mencipta nama dalam persada muzik serantau ini akur hikmah yang dibawa wabak tersebut terletak pada kesedaran bahawa kita tidak boleh mengabaikan keluarga mahupun masa mengejar cita-cita. BERITA HARIAN melaporkan.
DALAM dirinya dirundung kesepian menyambut Hari Raya tanpa ibu bapa dan dua adik tersayang, bakat setempat Farhan Shah sebak apabila diminta menyanyikan lagu Sepasang Kurung Biru di kaca televisyen baru-baru ini.

