Pengguna Berdaftar
Cinta Wisnu-Shireen berlandaskan komunikasi
Jul 9, 2022 | 1:14 AM
KEBAHAGIAAN BERSAMA: Kasih sayang dan rasa hormat yang dibina seawal terlibat dalam sinetron 'Cinta Fitri' membuatkan pasangan selebriti, Teuku Wisnu (kanan) dan Shireen Sungkar (dua dari kiri) lebih rukun dalam membesarkan tiga anak mereka. - Foto TRIBUNNEWS MEDAN -
API cinta yang membakar di antara Farrel dengan Fitri dalam sinetron Indonesia popular di Nusantara, 'Cinta Fitri', membuatkan ramai yang 'melekat' di kaca televisyen.
Berkat doa ramai, peneraju watak Farrel, Teuku Wisnu, 34 tahun, bertemu jodoh dengan pemegang watak Fitri, Shireen Sungkar, 27 tahun, bak kisah cinta lokasi.

