Topik diikuti
Pergi ke BHku‘Cinta’ bangkit semangat Marsha Milan selepas 19 tahun menanti
Alumni ‘Akademi Fantasia’ enggan pandang belakang, gigih promosi budaya Borneo dalam lagu
‘Cinta’ bangkit semangat Marsha Milan selepas 19 tahun menanti
Walaupun sudah hampir 19 tahun dalam industri seni Malaysia sebagai seorang penyanyi dan pelakon, vokal hebat Marsha Milan, 38 tahun, mula mendapat perhatian selepas lagu Cinta meraih tempat kedua dan beliau memenangi persembahan terbaik pada pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL) pada 2022.
“Memang betul lagu Cinta merupakan lagu ‘breakthrough’ saya. Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah mendapat lagu yang disifatkan sebagai ‘killer song’. Saya berasa bersyukur orang ramai menghargai vokal dan nyanyian saya,” kongsi Marsha yang ditemui Berita Harian (BH) selepas persembahannya di Wisma Geylang Serai (WGS) baru-baru ini.
