Pengguna Berdaftar
Celine Dion terus cekal harungi derita kejang otot
Sep 4, 2023 | 11:00 AM
TABAH HARUNGI SEGALANYA: Celine Dion begitu tabah menghadapi masalah kekejangan otot yang bersangkut paut dengan gangguan saraf yang dipanggil Sindrom Individu Kejang (SPS) - Foto NETFLIX
Keluarga ikon pop dunia, Celine Dion, tidak pernah berputus asa dan sentiasa berharap akan ada keajaiban dalam meringankan penderitaan penghibur yang dikenal pasti dengan penyakit saraf ganjil yang dipanggil Sindrom Individu Kejang (SPS) sejak Disember 2022.
Menerusi temu bual bersama majalah Hello! Canada edisi September, kakak kepada penyanyi berusia 55 tahun itu, Claudette memaklumkan, adiknya itu juga seorang yang sangat tabah dalam melawan penyakit yang dihidapinya.
Laporan berkaitan
Celine Dion dedah alami penyakit saraf ganjil, terpaksa tunda konsertMay 17, 2023 | 2:08 PM
Kalau terlebih sensasi, hanya tambah ‘toksin’ dunia hiburanAug 18, 2023 | 4:57 PM

