Cara mekap terkini dapat tonjolkan bahagian wajah tertentu
Premium
Cara mekap terkini dapat tonjolkan bahagian wajah tertentu
Nov 24, 2017 | 5:30 AM

DAPATKAN WAJAH SEIMBANG DENGAN MEKAP: Cik Nazlin Hilal (kiri) memberi beberapa panduan menggunakan teknik pembetulan bagi mendapatkan bentuk wajah dan ciri idaman seperti hidung mancung dan wajah bujur. Beliau turut menggunakan pembayang mata berwarna gelap bagi membuat mata model, Cik Farah Malik, kelihatan lebih rapat. Gambar sisipan di atas menunjukkan wajah Cik Farah tanpa mekap. - Foto-foto BH oleh PUTRI MARDHIYAH YAZID -
SEBELUM 2013, teknik contouring lebih kerap digunakan jurusolek yang menyolek wajah pengantin atau model.
Kaedah menyolek itu menggunakan rona lebih gelap di bahagian muka tertentu bagi membentuk semula bahagian tersebut atau membuat bahagian itu lebih jelas.

