SELEPAS beberapa tahun mengajar muzik, pemain gitar band setempat Denova, Mohammad Irwin Roslan, kini mempunyai sekolah muziknya sendiri.

Sekolah yang diberi nama Stringers Music Solution di Suites @ Bukit Timah itu dibuka Mei lalu dan menawarkan kelas belajar bermain gitar dan ukulele bagi genre muzik rok, akustik dan pop.