Topik diikuti
Pergi ke BHkuBuku tentang perhubungan, emosi
Saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.
Foto NLB
Jul 3, 2025 | 5:30 AM
Buku tentang perhubungan, emosi
. .
Khai dan Gorilanya
Khai sedang membaca di tempat kegemarannya di taman permainan apabila temannya, Hannah, tiba dan menyebabkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku, lantas membuat emosi Khai langsung meledak.
Nombor Panggilan: J SING CAN - Foto NLB
Mari Berkawan
Buku bergambar ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang berasa takut pada hari pertama ke tadika, namun pada masa yang sama juga berasa teruja untuk berkawan.
Nombor Panggilan: J P KOD - Foto NLB
Aimi Tidak Murung Lagi
Aimi kemurungan setelah kematian ibunya. Satu hari, Aimi terpandang barang kepunyaan ibunya dan mula melihat potensi yang ada pada dirinya. Dengan dorongan ayahnya, Aimi berjaya keluar daripada kemurungan dan kemudian mencipta kejayaan yang tidak disangka.
Nombor Panggilan: J P ZAN - Foto NLB
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Makanan diproses tetap jadi pilihan utama si kecil?Jul 2, 2025 | 2:18 PM
Perubahan tingkah laku anak ‘petunjuk’ penting bagi ibu bapaJul 2, 2025 | 2:13 PM
