Premium
Bazar berkonsep beri ruang peniaga muda teroka potensi
Jun 12, 2018 | 5:30 AM
TERUJA DENGAN SEMANGAT PENIAGA MUDA: Pengasas bersama dan pengarah RoseValley, Cik Dian Rasid-Heng, melihat bazar berkonsep sepertimana yang dianjurkannya dari masa ke masa dapat membuka peluang keemasan bagi peniaga muda meneroka produk baru mengikut cita rasa pelanggan masa kini. - Foto ROSEVALLEY -
SEMANGAT usahawan muda yang berkobar-kobar membangun idea niaga tanpa mengenal erti penat lelah amat disenangi Cik Dian Mohd Rasid-Heng.
Menurutnya selaku penggerak syarikat penganjur bazar berkonsep, Rosevalley, yang diamanahkan menganjurkan lima bazar pra-Ramadan dan Ramadan tahun ini, komitmen sebegitulah yang merancakkan dunia niaga bazar masa kini.

