Premium
Bangga mekarkan bahasa Bawean
Sep 19, 2017 | 5:30 AM

TARIK MINAT ANAK MUDA: Encik Dediy Sulaiman (belakang) dan Encik Azroy Manaf menggunakan wadah YouTube dan Facebook dan mengajar secara santai keindahan bahasa Bawean menerusi lagu yang diterjemahkan dan lawak jenaka menghiburkan. - Foto PUTRI MARDHIYAH YAZID -
ENCIK Azroy Manaf bangga bergelar 'Anak Oreng Pebien' (Anak Orang Bawean) yang inovatif dan kreatif dalam mengekalkan warisan bangsanya.
Beliau malah berkobar-kobar ingin menyebarkan keindahan bahasa Bawean kepada generasi muda, baik yang berketurunan Bawean mahupun yang tidak, menerusi pelbagai cara.

