Premium
Artis Baru Terbaik M'sia luang masa buat abang istimewa
Vanessa Reynauld naik tangga jaya dengan kerajinan dan kesabaran tanpa abai keluarga
Oct 3, 2022 | 5:30 AM
PENGLIBATAN penyanyi kacukan India-Cina kelahiran Klang, Selangor, Vanessa Reynauld, dalam bidang nyanyian profesional sudah mencecah tujuh tahun sejak menyertai peraduan realiti Ceria Popstar 2 pada 2015.
Setahun selepas itu, beliau menyertai pula pertandingan nyanyian lagu Mandarin, WorldwideWater Cube Cup, di Beijing, China, dan dinobatkan sebagai naib juara.

