Premium
Aqasha dipilih jadi pengacara 'Bintang RTM 2018'
Feb 7, 2018 | 5:30 AM

AQASHA: Akan bergandingan dengan penyanyi Misha Omar dalam mengendalikan program 'Bintang RTM 2018'. - Foto INSTAGRAM -
WALAUPUN perjalanannya dalam 'Gegar Vaganza' akhir tahun lalu tersekat suku jalan, pelakon dan penyanyi Aqasha tetap mendapat perhatian untuk terus menghidupkan kembali kerjaya seninya.
Beliau baru-baru ini telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara program 'Bintang RTM 2018' buat julung-julung kalinya, bergandingan dengan penyanyi Misha Omar.

