Apa nak buat jika pasangan anda digoda...
Pakar kongsi tanda-tanda kesan ada yang cuba ‘bermain api’
Setiap individu menetapkan batasan yang berbeza dalam perhubungan apabila melibatkan pasangan hidup dengan orang di sekelilingnya.
Ada yang merasakan mengikuti bekas kekasih di media sosial sebagai sudah melanggari batas, manakala ada yang tidak kisah jika pasangan mereka masih bersosial dengan orang yang pernah bertakhta di hatinya.
Namun, menjadi satu tamparan adalah apabila hubungan itu berkembang ke tahap “menggoda”, biarpun kemungkinannya ia masih setakat usik-mengusik di ruang sembang.
Namun, kata orang, ada sikit-sikit lama-lama jadi bukit dan kasi betis, nak paha. Goda menggoda yang tidak dikawal boleh berkembang menjadi cumbuan!
Bercumbu boleh berlaku dalam pelbagai bentuk – mungkin gurauan yang ‘tidak senonoh’ atau perlakuan yang dilihat ‘melebih-lebih’.
Yang pasti, wanita yang menunjukkan minat kepada suami anda atau pasangan anda, biasanya sukar membendung perasannya dan tingkah lakunya menarik perhatian. Jika hubungan itu sudah sampai ke peringkat ini, apakah yang boleh anda lakukan?
Ahli terapi perhubungan yang berpangkapan di New York, Cik Aimee Hartstein, yang bertauliah sebagai pekerja sosial dalam laman Brides, berkata:
“Saya rasa ada tafsiaran yang besar bila hubungan berkembang kepada tahap ruang bercumbu.”
Beliau, yang sering menawarkan pandangan dan nasihat yang boleh diakses oleh khalayak ramai menerusi pelbagai penerbitan seperti Brides, Bustle, Cosmopolitan, MindBodyGreen dan banyak lagi, menambah:
“Dengan sedikit godaan, mungkin lebih mudah melepaskannya begitu sahaja - tetapi ada kalanya anda mungkin perlu mengatakan sesuatu, sama ada kepada pasangan anda atau kepada orang yang melakukan godaan itu.”
Justeru bagaimana memastikan pasangan anda tidak melanggari batasan “berteman” sehingga menjurus ke arah kecurangan?
Cik Hartstein memberikan “tanda-tanda” berikut:
Mesej dan panggilan larut malam
Jika pasangan anda bukan dalam pekerjaan yang memerlukan panggilan kecemasan, mesej atau panggilan larut malam, terutamanya dengan orang yang sama, boleh mencurigakan. Jika ia mengganggu corak komunikasi biasa anda, itu mungkin tanda bahaya.
Konon tak kuasa nak layan
Jika pasangan anda meremehkan sebuah persahabatan, mungkin kerana mereka terlalu dekat untuk melihatnya secara objektif. Jika mereka bersikap sambil lalu, itu wajar untuk dibincangkan, kerana mungkin ada lebih yang mereka sembunyikan.
Seksi semacam
Orang meluahkan diri melalui gaya, tetapi perubahan mendadak ke penampilan yang lebih seksi di sekitar pasangan anda boleh menjadi tanda minat.
Cuba buat pasangan anda cemburu
Menggunakan cemburu sebagai taktik manipulasi mungkin membangkitkan tarikan. Ia tanda bahaya jika seseorang dengan sengaja cuba membuat pasangan anda berasa cemburu.
Suka pegang-pegang
Orang yang suka menyentuh seseorang secara fizikal adalah biasa, tetapi jika seseorang terlalu mesra dengan pasangan anda dan kurang mesra dengan orang lain, itu boleh menjadi petanda yang mencurigakan.
Sanggup berkorban apa saja
Kata orang, dia sanggup berkorban apa saja demi membantu pasangan anda. Sanggup korbankan cuti, atau tidak menghadiri sesuatu majlis pentingnya, kononnya dengan alasan dia perlu ada di situ di kala anda atau pasangan anda memerlukan. Selalu memberi tumpuan dan melakukan yang lebih untuk pasangan anda mungkin menunjukkan minat yang lebih mendalam, yang boleh membawa kepada ketidaksetiaan emosi.
Pujian Berlebihan
Walaupun pujian adalah perkara biasa, komen yang terlalu banyak boleh menunjukkan niat yang lain.
Sikit-sikit gelak
Gelak yang berlebihan, terutama apabila komen tidak begitu lucu, mungkin menandakan minat yang lebih daripada sekadar penghargaan terhadap humor.
Sikap dingin terhadap anda
Jika seseorang bertindak negatif terhadap anda tanpa sebab yang jelas, mungkin menunjukkan bahawa mereka melihat anda sebagai penghalang atau iri terhadap kedudukan anda.
Berhubungan berterusan di media sosial
Berhubungan yang berlebihan di media sosial, seperti komen dan mesej langsung yang kerap, boleh menandakan tanda serius langkah mulanya goda menggoda.
Percayai naluri anda
Jika naluri anda memberitahu anda ada yang tidak kena, teliti dengan membincangkan terus dengan pasangan anda mengenai perasaan dan ketidakselesaan anda.
Jadi, apa nak buat jika memang pasangan anda digoda?
Justeru apa yang patut anda lakukan jika anda melihat tanda-tanda pasti dengan “bendera merah” yang sangat menyerlah, dan menyimpulkan bahawa seseorang sedang bermain api dengan pasangan anda?
Bahagian yang paling sukar adalah menentukan tindakan seterusnya dan mencari cara untuk bertindak secara proaktif tanpa membawa ke reaksi berlebihan.
Boleh dimaafkan, jika godaan sekadar “main-main”
Jika itu seseorang yang tidak memberi kesan besar dalam hidup anda, pilihan terbaik mungkin ialah membiarkannya saja.
“Saya akan biarkan, malah akan menggunakannya sebagai petunjuk baik bahawa pasangan anda menarik perhatian orang selain anda! Apabila kita melihat orang lain menginginkan pasangan kita, itu sering membuat mereka sedikit lebih menarik,” kata Cik Hartstein.
Beliau mengingatkan sesetengah orang suka memuji, atau bahkan mudah bersentuhan. Selama itu tidak melanggar batasan agama dan pasangan anda tidak bertindak dengan cara yang menyakitkan, anda mungkin boleh membiarkannya saja.
Minta pasangan untuk campur tangan
Terdapat waktu apabila godaan cinta boleh menjadi masalah, terutama jika orang yang menggoda pasangan anda sering anda temui.
“Jika ia benar-benar berlebihan dan membuat anda atau pasangan anda tidak selesa, saya fikir taktik terbaik adalah agar pasangan anda menangani situasi itu,” kata Hartstein.
“Jangan membalas godaan permainan cinta. Jauhkan diri, tukar topik, tarik anda ke dalam perbualan, atau sebutkan mengenai anda.”
Berdepan dengan si penggoda
Patutkah anda berhadapan untuk berterus terang dengan orang yang anda syaki sedang menggoda pasangan anda? Mungkin, dalam kes-kes ekstrem.
“Keadaannya haruslah sudah sampai ke tahap bahaya untuk anda benar-benar menghadapi orang itu, walaupun kadang-kadang mungkin diperlukan,” kata Cik Hartstein.
Biasanya, menyertakan diri anda dalam perbualan sudah cukup – memperkenalkan diri atau mengingatkan orang tersebut bahawa anda adalah sebahagian daripada pasangan tersebut.
Tetapi jika itu seseorang yang dekat dengan anda atau ia terus menjadi masalah, mungkin berbaloi untuk mendekati orang tersebut.
Jika anda percaya bahawa itu bersifat tidak berbahaya, terangkan bahawa anda yakin mereka tidak bermaksud jahat, tetapi itu membuat anda tidak selesa.
Jika anda tidak fikir ia bersifat tidak berbahaya, anda mungkin ingin bertanya kenapa mereka melakukannya?
Apa nak nak buat jika yang menggoda tidak bertepuk sebelah tangan?
Kebanyakan daripada ini berasaskan pada senario apabila orang lain yang memulakan permainan cinta – tetapi anda perlu jujur dengan diri sendiri mengenai peranan pasangan anda dalam situasi itu.
Bukan salah mereka jika seseorang menggoda mereka, tetapi jika pasangan menyambutnya, anda perlu mengambil langkah ke belakang dan melihat gambaran yang lebih besar.
Itu kedengaran seperti masalah asas dalam hubungan dan sesuatu yang lebih besar yang perlu anda selesaikan.
Jika anda mendapati diri anda berada dalam kedudukan ini dengan pasangan anda berulang kali, anda perlu bertanya kepada diri sendiri mengapa itu terjadi?
Melihat orang lain ‘bermain api’ dengan pasangan anda tentu menyakitkan hati, tetapi anda tidak dapat mengawal cara orang lain berinteraksi, “sense of humor” mereka, atau gaya komunikasi mereka.
Tetapi jika orang ini adalah sebahagian biasa dalam hidup anda – atau anda rasa pasangan anda menggalakkannya – itu mungkin menjadi masalah yang lebih besar.
Beritahu pasangan anda agar hentikan permainan ini dan, jika perlu, campur tangan dengan orang tersebut secara langsung.
Semuanya berkaitan dengan bagaimana itu mempengaruhi hubungan anda dalam gambaran yang lebih besar. Anda akan tahu jika itu merupakan kebimbangan yang sebenar.

