SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Anuar dan Ziana 'pukau' 3,000 penonton

Anuar dan Ziana 'pukau' 3,000 penonton

Sep 26, 2022 | 3:47 PM

Anuar dan Ziana 'pukau' 3,000 penonton

GANDINGAN LUAR BIASA: Kelunakan suara Anuar Zain dan tenaga vokal kakaknya Ziana Zain menjadikan konsert tiga jam di The Star Theatre, Sabtu lalu, sebagai penawar jiwa pascapandemik. - Foto LIVE NATION SINGAPORE
GANDINGAN LUAR BIASA: Kelunakan suara Anuar Zain dan tenaga vokal kakaknya Ziana Zain menjadikan konsert tiga jam di The Star Theatre, Sabtu lalu, sebagai penawar jiwa pascapandemik. - Foto LIVE NATION SINGAPORE -

SEBAGAI artis individu, tiada yang menyangkal Anuar Zain dan Ziana Zain mempunyai daya tarikan tersendiri dan mampu membuat ramai peminat terkesima dalam konsert solo mereka. Justeru, bayangkan jika 'kuasa tarikan semberani' dua beradik ini disatukan di pentas yang sama di The Star Theatre pada Sabtu lalu (24 Sep). Sejujurnya, konsert 'Anuar Zain & Ziana Zain Live In Singapore 2022' yang dibawakan Live Nation Singapore dan Trumpet International Sdn Bhd itu adalah konsert Melayu terhebat dan paling puas hati sejauh ini. Selama tiga jam, lebih 3,000 penonton 'berkampung' dalam menikmati lagu hit yang menggambarkan sakitnya putus cinta dan indahnya jatuh hati dalam suasana mesra keluarga yang menenangkan dan mengembalikan nostalgia. Baca laporan penuh di Berita Harian esok (27 Sep).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg