Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengguna Berdaftar
Aliff Aziz kesali tindakan, mohon maaf dan doa untuk teruskan kehidupan
Penyanyi dan pelakon dedah di podcast ‘The Common Folks’ ingin isteri gembira meski perlu berpisah
Foto-foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE THE COMMON FOLKS, fail
May 4, 2024 | 5:30 AM
Aliff Aziz kesali tindakan, mohon maaf dan doa untuk teruskan kehidupan
Selepas lama mendiamkan diri dan ‘hilang’ daripada radar media, penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, akhirnya bersuara tentang rentetan kontroversi tidak berkesudahan yang melanda hidupnya selepas ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Aliff, 33 tahun, mengulas tentang krisis rumah tangganya bersama pelakon dan penyanyi kelahiran Sabah, Bella Astillah, 30 tahun, kedudukan hubungannya dengan Ruhainies, 31 tahun, dan bagaimana wanita yang mendakwa dirinya ‘kekasih gelap’ Aliff, Sarah Yasmine, 24 tahun, tiba-tiba muncul menggoncang dunia hiburan Malaysia.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
