SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Aamir-Rajinikanth mungkin jayakan filem bersama selepas 30 tahun

Aamir-Rajinikanth mungkin jayakan filem bersama selepas 30 tahun

Sep 11, 2024 | 11:37 AM

Aamir-Rajinikanth mungkin jayakan filem bersama selepas 30 tahun

Bintang Bollywood terkenal, Aamir Khan, dan Raja Kollywood, Rajinikanth, mungkin akan bekerjasama lagi dalam filem aksi Coolie selepas 30 tahun tidak dipertemukan di set penggambaran yang sama.

Ini didedahkan laman India Blitz yang menyatakan Aamir, 59 tahun, berkemungkinan akan muncul dalam filem Coolie bersama Rajinikanth, 73 tahun.

Kali terakhir mereka disatukan adalah dalam filem jenayah, Aatank Hi Aatank, pada 1995.

Ini juga kali pertama pengarah, Lokesh Kanagaraj, mengarah filem Bollywood dan sekali gus Aamir.

Bagaimanapun, belum ada kata putus dan kenyataan rasmi daripada syarikat penerbitan mengenai desas-desus kerjasama tersebut.

Filem Coolie itu juga dijayakan Shruti Haasan, Upendra, Sathyaraj, Soubin Shahir dan Mahendran sebagai watak utama.

Aamir dalam pada itu, dilaporkan akan muncul dalam filem sukan,Sitaare Zameen Par, yang turut dijayakan Genelia Deshmukh.

Beliau juga sedang menerbitkan filem, Lahore 1947, yang dilakonkan Sunny Deol, Preity Zinta dan Karan Deol.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg