Premium
Yakin peniaga sektor runcit dapat tarik nafas lega
Aug 11, 2020 | 5:30 AM
SINAR HARAPAN SEKTOR RUNCIT: Cik Ashikin dan suaminya, Encik Mohamad Aidil, yang perniagaannya kini meningkat sedikit selepas susut 40 peratus semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan yakin keadaan akan terus bertambah baik bagi peniaga dalam sektor runcit. - Foto BH oleh SHINTARO TAY -
SEMASA tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan Covid-19 dari April hingga Jun lalu, perniagaannya susut sebanyak 40 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ini kemerosotan paling besar yang pernah dialami Cik Noor'Ashikin Isa, 33 tahun, sejak beliau memulakan perniagaan pakaian, beg dan aksesori, Natalie La Bella, bersama suaminya, Encik Mohamad Aidil Anuari Kamis, 35 tahun, lapan tahun lalu.

