Premium
Usaha lahir bakat mahir dalam industri halal
Dec 28, 2018 | 5:30 AM
BANGUNKAN KEUPAYAAN HALAL: Pengarah Eksekutif SIM, Encik Ronald Tan (kanan) berjabat tangan dengan Encik Zuraimi selepas memeterai MOU dalam Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-19 anjuran Jamiyah baru-baru ini. - Foto SIM -
PERKEMBANGAN industri halal yang pesat di dunia telah mendorong cabang pembangunan eksekutif Institut Pengurusan Singapura (SIM), Pembangunan Profesional SIM (SIM PD) untuk memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan sebuah syarikat halal swasta untuk melahirkan bakat-bakat yang mahir dalam industri halal.
Ini merupakan inisiatif pertama SIM PD dalam industri halal, kata Encik Noor Hayat Khalil, pengurus (Huraian Pembelajaran bagi Pelanggan) SIM PD.

