Topik diikuti
Pergi ke BHkuUnsur permainan beri keseronokan belajar Matematik

Unsur permainan beri keseronokan belajar Matematik
MENYELITKAN unsur permainan dalam pembelajaran Matematik kepada lebih 170 anak didiknya membantu Encik Saiful Rizal Azman, pemilik pusat tuisyen matematik, Math Prodigies, membezakan kaedahnya daripada pusat tuisyen lain.
Menggunakan pengalaman dalam mengajar mata pelajaran itu, beliau juga menulis buku - Mom, Help Me Score A's in Math! (Ibu, Bantu Saya Dapat A dalam Matematik!) yang menjadi antara buku antarabangsa paling laris di laman Amazon.
