Premium
Tutup di Shenton Way, buka di Bedok
Jul 22, 2020 | 5:30 AM
NIAGA DI TEMPAT LAIN: Sebelum menutup kedai Asyraf's Halal Corner (gambar kiri), Encik Asyraf (gambar kanan, baju-T merah) yang bergambar pada September 2019 bersama ayahnya, Encik Mohamed Rasheed, sudah pun membuka gerai kedua di Bedok North bagi meluaskan perniagaan itu tetapi beliau tidak menyangka ia menjadi 'penyambung rezeki' apabila kedai kopi di Shenton Way terpaksa ditutup. - Foto ASYRAF'S HALAL CORNER, fail -
SEBELUM penularan wabak Covid-19, perniagaan kedai kopi Asyraf's Halal Corner di Shenton Way sesak dengan pelanggan terutama pada waktu makan tengah hari.
Tetapi sejak Februari, apabila ramai pekerja bekerja di rumah ekoran Covid-19, perniagaannya mula merosot sehingga penjualan susut sebanyak 70 peratus.

