Topik diikuti
Pergi ke BHkuToyota bakal labur lebih $14b di AS dalam tempoh lima tahun
Toyota bakal labur lebih $14b di AS dalam tempoh lima tahun
DETROIT: Toyota Motor akan membelanjakan AS$10 bilion ($14.35 bilion) bagi pelaburan modal dalam tempoh lima tahun mendatang - hampir sama dengan pelaburan dalam tempoh lima tahun sebelumnya, kata Ketua Eksekutif Toyota Amerika Utara, Encik Jim Lentz.
Pembuat kereta dari Jepun itu dikritik bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, selepas mengumumkan pada 2015 mengenai rancangan mahu memindahkan pengeluaran Corolla ke Mexico dari Canada.
