Tinjauan: Gangguan niaga, insiden siber dan pandemik risiko paling utama bagi perniagaan S'pura tahun ini
Premium
Tinjauan: Gangguan niaga, insiden siber dan pandemik risiko paling utama bagi perniagaan S'pura tahun ini
Jan 21, 2022 | 5:30 AM
RISIKO PALING UTAMA: Gangguan perniagaan, seperti bekalan elektrik terputus, dilihat sebagai risiko paling utama bagi perniagaan di Singapura tahun ini. Ia tahun keempat berturut-turut gangguan perniagaan paling atas dalam tangga risiko dalam tinjauan Allianz Risk Barometer. - Foto fail -
GANGGUAN perniagaan, insiden siber dan penularan pandemik adalah risiko paling utama bagi perniagaan Singapura tahun ini, menurut dapatan tinjauan Allianz Risk Barometer yang dikeluarkan Selasa lalu.
Tinjauan itu, yang meninjau 2,650 orang di seluruh dunia, mendapati 53 peratus responden melihat gangguan perniagaan sebagai risiko pada tahun ini, menjadi risiko paling utama teratas bagi empat tahun berturut-turut.

