Teruja latih penjual Shopee tingkat kemahiran, bangun niaga
Premium
Teruja latih penjual Shopee tingkat kemahiran, bangun niaga
Pegawai Bersekutu Kanan kendalikan bengkel latihan semasa kunjungan DPM Heng Swee Keat
Sep 18, 2019 | 5:30 AM
MEMBAWA NILAI: Tugas Cik Siti Fatimah ialah menarik jenama dan penjual baru dalam wadah pembelian dalam talian Shopee. - Foto SHOPEE -
SEMASA Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat melancarkan ibu pejabat (HQ) serantau syarikat wadah pembelian dalam talian setempat Shopee baru-baru ini, beliau melihat Cik Siti Fatimah Omar Bamadhaj mengendalikan bengkel latihan di bawah Universiti Shopee untuk mengajar penjual memanfaatkan khidmat penstriman secara langsung.
Ini merupakan kali pertama Pegawai Bersekutu Kanan bagi kumpulan Pembangunan Perniagaan Shopee bertemu Encik Heng dalam pelancaran di HQ syarikat yang terletak di Kent Ridge pada 3 September lalu.

