Premium
Temasek hapus kira pelaburan $377j dalam FTX
Pelaburan hanya 0.09% daripada nilai portfolio $403b, penghapusan tidak bawa kesan besar ke atas kelakonan keseluruhan
Nov 18, 2022 | 5:30 AM
-
FIRMA pelaburan pemerintah Singapura, Temasek, akan menghapus kira pelaburannya sebanyak AS$275 juta ($377 juta) dalam firma mata wang kripto FTX, "tidak kira apa jua hasil perlindungan kebankrapan yang difailkan FTX".
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Temasek berkata kos penuh pelaburannya dalam FTX membentuk 0.09 peratus daripada nilai portfolio bersihnya yang sebanyak $403 bilion hingga akhir Mac lalu.

