SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Syarikat pemula peniaga Melayu tarik jutaan dolar dari penyedia modal

Syarikat pemula peniaga Melayu tarik jutaan dolar dari penyedia modal

Oct 29, 2021 | 7:10 PM

Syarikat pemula peniaga Melayu tarik jutaan dolar dari penyedia modal

Encik Syed Ali Ridha Madihid, yang menubuhkan Luwjistik yang menyediakan huraian logistik bagi memanfaatkan peluang dalam sektor e-dagang yang tumbuh pesat dalam pandemik ini, telah mengumpulkan modal permulaan sebanyak $1.49 juta.
Encik Syed Ali Ridha Madihid, yang menubuhkan Luwjistik yang menyediakan huraian logistik bagi memanfaatkan peluang dalam sektor e-dagang yang tumbuh pesat dalam pandemik ini, telah mengumpulkan modal permulaan sebanyak $1.49 juta. - - Foto fail

BEBERAPA syarikat pemula (start-up) dibentuk usahawan Melayu/Islam telah mengumpulkan dana jutaan dolar bagi perniagaan mereka dari firma-firma penyedia modal (VC) dan pelabur muhibah yang melihat potensi perniagaan mereka.

Daripada hasil dana itu, mereka telah dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih besar di peringkat serantau, dengan Singapura, Malaysia dan Indonesia menjadi tumpuan pasaran mereka.

Ia merupakan satu usaha mereka ke arah menjadi sebuah 'unicorn', istilah yang digunakan bagi firma pemula yang mempunyai nilai lebih AS$1 bilion ($1.34 bilion).

Antaranya ialah kumpulan penjanaan dana awam berlandaskan syariah, Ethis Group, yang diasaskan Encik Umar Munshi yang telah mengumpulkan dana ekuiti sebanyak AS$1.7 juta ($2.28 juta) dari para pelabur dalam pusingan pengumpulan dana pra-Siri A bagi memperluaskan perniagaan itu di Indonesia dan Malaysia.

Encik Syed Ali Ridha Madihid, yang menubuhkan Luwjistik yang menyediakan huraian logistik bagi memanfaatkan peluang dalam sektor e-dagang yang tumbuh pesat dalam pandemik ini, telah mengumpulkan modal permulaan sebanyak $1.49 juta.

Baca laporan lanjut di Berita Harian esok (30 Okt).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg