Swee Keat: Syarikat harus kerjasama dengan pergerakan buruh untuk naik taraf pekerja
Premium
Swee Keat: Syarikat harus kerjasama dengan pergerakan buruh untuk naik taraf pekerja
Feb 26, 2019 | 5:30 AM
GUNA TEKNOLOGI BARU: Encik Heng (kiri) menyaksikan robot yang digunakan untuk kerja penyenggaraan di ST Engineering Aerospace semalam. Menurut Encik Heng, syarikat itu harus dicontohi kerana menggunakan teknologi baru dan bekerjasama dengan NTUC untuk menaik taraf pekerjanya. . - Foto BH oleh KEVIN LIM -
SYARIKAT setempat harus bekerjasama rapat dengan pergerakan buruh untuk menaik taraf pekerja, kata Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.
Bercakap kepada wartawan semasa mengadakan lawatan ke kilang pesawat ST Engineering Aerospace semalam, Encik Heng berkata tindakan syarikat itu untuk mendakap digital dan menubuhkan majlis latihan untuk bekerjama rapat dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) harus dicontohi.

