S'pura, Hong Kong bersaing pikat syarikat berbilang negara
Premium
S'pura, Hong Kong bersaing pikat syarikat berbilang negara
Perunding hartanah: Petunjuk utama termasuk pengaruh di rantau ini, kebolehan berkembang dalam sektor kewangan dan teknologi
May 7, 2023 | 5:30 AM

LEBIH TERMAMPU: Sewa di daerah kawasan pusat bandar (CBD) Singapura kekal lebih murah berbanding Hong Kong, menurut laporan CBRE. - Foto REUTERS -
SAINGAN antara Singapura dengan Hong Kong untuk memikat bakat asing kekal sengit, dengan persaingan dalam segmen kediaman dan pejabat khususnya semakin hangat.
Ini menurut laporan yang diterbitkan pada Khamis oleh perunding hartanah, CBRE, mengenai daya tarikan kedua-dua bandar dalam menarik syarikat berbilang negara (MNC) yang ingin menubuhkan ibu pejabat serantau mereka di Asia-Pasifik.

