BAZAR Digital 3-Dimensi (3D), BazaarRia telah bekerjasama dengan syarikat pengiriman pos, SingPost bagi membantu peniaga Melayu/Islam dalam menyediakan khidmat penghantaran.

Ini akan memudahkan para peniaga khususnya peniaga di rumah yang menyertai BazaarRia dengan khidmat penghantaran yang bermutu bagi memudahkan mereka memenuhi tempahan pelanggan.