Topik diikuti
Pergi ke BHkuMAS arah operasi Falcon Private Bank di sini ditutup
Bank dagang Switzerland turut didenda $4.3 juta
MAS arah operasi Falcon Private Bank di sini ditutup
PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) mengarahkan supaya cawangan Singapura bank Switzerland, Falcon Private Bank (Falcon Bank), ditutup kerana kegagalan serius dalam kawalan antipengubahan wang dilarang (AML) dan salah laku kakitangan pengurusan kanan di ibu pejabatnya di Switzerland dan cawangannya di Singapura.
Pengurus Cawangan bank itu di Singapura, Encik Jens Sturzenegger, telah diberkas oleh Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) pada 5 Oktober lalu.
