Topik diikuti
Pergi ke BHkuRebut peluang kembang perniagaan yang dibawa Covid-19
Syarikat kawalan haiwan perosak kini tawar juga khidmat basmi kuman, dapat tempahan baik
Jul 1, 2020 | 5:30 AM
Rebut peluang kembang perniagaan yang dibawa Covid-19
MESKIPUN pandemik koronavirus Covid-19 yang menular sejak akhir tahun lalu merobek banyak perniagaan, ada juga peluang baru yang muncul bagi sesetengah perniagaan.
Dengan permintaan pembasmian kuman yang melonjak sejak kebersihan dipertingkatkan di tempat awam dan bangunan komersial semasa penularan virus ini, di tempat seperti masjid, ia telah mendorong A-Team Pest Control Pte Ltd untuk merebut peluang dan turut menyediakan khidmat tambahan.
