SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Propnex lawat, tinjau operasi bilik berita BH

Propnex lawat, tinjau operasi bilik berita BH

Oct 7, 2024 | 7:00 PM

Propnex lawat, tinjau operasi bilik berita BH

Pengasas PropNex, Encik Ismail Gafoor, melawat pejabat Berita Harian (BH), sebahagian daripada usaha meneroka hala tuju baru dan menjalin rangkaian dengan pasukan media, pada 4 Oktober.

Semasa lawatan tersebut, Encik Ismail melahirkan rasa teruja dengan konsep terbuka pejabat dan mengagumi usaha BH menggunakan media sosial untuk mendekati orang ramai, khususnya golongan belia.

Beliau meninjau bilik Studio +65 dan berinteraksi dengan kakitangan pasukan media sosial dan OMG atau Orang Muda Gitew serta menyaksikan sendiri usaha yang dilakukan BH untuk mendekati masyarakat, terutama golongan muda.

Dalam lawatan itu, Encik Ismail menekankan kepentingan kepercayaan golongan tua terhadap golongan muda, pelapis yang akan menerajui masyarakat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg