Projek ubah elok naik hampir dua kali ganda tapi tak semuanya dapat diterima
Premium
Projek ubah elok naik hampir dua kali ganda tapi tak semuanya dapat diterima
Pemilik syarikat hati-hati tak buat janji yang tidak mampu dikotakan di tengah-tengah pandemik ini
Nov 28, 2021 | 5:30 AM
Permintaan bagi kerja-kerja ubah elok rancak memandangkan banyak jual beli flat jualan semula yang berlaku dalam pasaran di samping keinginan warga tempatan untuk mencantikkan lagi rumah mereka. Namun, gangguan rantaian bekalan di peringkat sejagat telah menyukarkan firma-firma ubah elok mendapat bahan binaan mereka, lantas meningkatkan kos projek. Apakah strategi perniagaan mereka selanjutnya? BERITA MINGGU (BM) mengupas isu ini.
SYARIKAT ubah elok tidak menang tangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini sedang lebih ramai pelanggan mendapatkan khidmat mereka untuk mengubah suai rumah.

