Program penukaran kerjaya baru tingkat kemahiran karyawan HR akan dilancar
Premium
Program penukaran kerjaya baru tingkat kemahiran karyawan HR akan dilancar
Bakal lengkapi peserta dengan kecekapan analitik dan teknologi HR, rancang tenaga kerja strategik
May 11, 2022 | 5:30 AM

KUNJUNGI PAMERAN: Encik Zaqy (kanan) berinteraksi dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IHRP, Encik Mayank Parekh, di acara HR Tech Festival Asia Live 2022 semalam, di mana beliau mengumumkan Program Penukaran Kerjaya (CCP) bagi Karyawan Modal Insan baru. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -
SEBUAH program penukaran kerjaya (CCP) baru untuk mempertingkat kemahiran karyawan sumber manusia (HR) bagi peranan lebih strategik seperti penganalisis data HR, dan menyokong individu pertengahan kerjaya memasuki bidang HR, akan dilancarkan bulan depan.
Mengumumkannya semasa acara HR Tech Festival Asia Live 2022 semalam, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata CCP bagi Karyawan Modal Insan itu merupakan langkah susulan daripada Perancangan Transformasi Pekerjaan (JTM) HR.

