Persatuan bagi wakili pekerja 'gig' platform makanan dilancar
Premium
Persatuan bagi wakili pekerja 'gig' platform makanan dilancar
Deliveroo, foodpanda dan Grab bentuk kod amalan industri, mahu bekerjasama dengan pemerintah, agensi lain
Aug 19, 2022 | 5:30 AM
-
TIGA syarikat platform penghantaran makanan - Deliveroo, foodpanda dan Grab - bersatu untuk melancarkan sebuah persatuan bagi mewakili pekerja platform makanan demi meningkatkan amalan terbaik industri, peluang kemahiran dan mutu kesihatan mereka.
Selain melancarkan kod amalan industri, Persatuan Industri Platform Digital (DPIA) itu berharap dapat bekerjasama dengan pemerintah serta agensi berkepentingan lain bagi mewujudkan huraian yang mencerminkan pandangan para rakan kongsi penghantaran.

