SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penumpang Malaysia Airlines diwajibkan pakai pelitup

Penumpang Malaysia Airlines diwajibkan pakai pelitup

Apr 22, 2020 | 1:16 PM

Penumpang Malaysia Airlines diwajibkan pakai pelitup

KESELAMATAN PENUMPANG DAN KAKITANGAN: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines hari ini mewajibkan semua penumpang - kecuali bayi - memakai pelitup, tanpa mengira sama ada mereka melakukan penerbangan domestik, antarabangsa atau menaiki pesawat sewa khas Malaysia Airlines.
KESELAMATAN PENUMPANG DAN KAKITANGAN: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines hari ini mewajibkan semua penumpang - kecuali bayi - memakai pelitup, tanpa mengira sama ada mereka melakukan penerbangan domestik, antarabangsa atau menaiki pesawat sewa khas Malaysia Airlines. - REUTERS

MULAI esok, semua penumpang pesawat Malaysia Airlines diwajibkan memakai pelitup semasa mendaftar masuk, menaiki kapal terbang, dalam kabin pesawat udara, mengeluarkan dan mengambil bagi mengurangkan penularan Covid-19.

Dalam kenyataannya hari ini, syarikat penerbangan Malaysia itu berkata langkah ini diwajibkan ke atas semua penumpang - kecuali bayi - yang melakukan perjalanan dalam semua penerbangan domestik, antarabangsa dan pesawat sewa khas Malaysia Airlines.

MAS juga menjelaskan langkah itu diambil bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan setiap penumpang dan petugas syarikat penerbangan terbabit.

"Malaysia Airlines tidak akan menerima penumpang yang tidak mempunyai atau memakai penutup hidung dan mulut semasa mendaftar masuk dan menaiki pesawat.

"Bagi keselesaan penumpang sendiri, terutamanya dalam penerbangan jarak jauh, anda dinasihatkan untuk membawa pelitup tambahan dan cecair tangan basmi kuman anda sendiri. Penumpang dinasihatkan untuk menghormati ruang peribadi penumpang lain dan mematuhi jarak sosial bila diperlukan dan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang lain bagi proses prapelepasan dan ketibaan bagi memastikan anda menikmati keselamatan yang selamat. Keselamatan penumpang dan kakitangan adalah amat penting bagi Malaysia Airlines," menurut kenyataan itu lagi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg