Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengasas firma teknologi nano dinobat Peniaga Terbaik
Pengasas firma teknologi nano dinobat Peniaga Terbaik
SEMASA menjadi seorang pensyarah di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Shi Xu telah mencipta satu teknologi lapisan yang membolehkan komponen produk elektronik seperti lensa kamera dan kereta tidak rosak akibat cuaca panas atau dihakis.
Dari sebuah makmal, beliau membawa syarikatnya, NanoFilm Technologies International Ltd, menjadi sebuah syarikat perkilangan dan teknologi yang kini mempunyai 1,400 pekerja dan disenaraikan di Bursa Singapura (SGX) sejak tahun lalu.
