Pemberi pinjaman kripto Hodlnaut tidak dibenar tawar khidmat terkawal di S'pura: MAS
Premium
Pemberi pinjaman kripto Hodlnaut tidak dibenar tawar khidmat terkawal di S'pura: MAS
Susuli langkah beku pengeluaran; penguasa turut tarik balik permohonan dapat lesen sedia khidmat bayar token digital setempat
Aug 11, 2022 | 5:30 AM
-
FIRMA penyedia pinjaman kripto berpangkalan di Singapura Hodlnaut, yang telah membekukan pengeluaran dan menarik balik permohonan bagi mendapatkan lesen untuk menyediakan khidmat pembayaran token digital di sini, tidak akan dibenarkan untuk menjalankan kegiatan yang dikawal selia, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Langkah itu akan memberi kesan kepada perkhidmatan pertukaran token Hodlnaut, yang juga telah digantung.

