Pakar: Masih ada permintaan bagi karyawan teknologi yang hilang kerja
Premium
Pakar: Masih ada permintaan bagi karyawan teknologi yang hilang kerja
May 21, 2023 | 5:30 AM
PEMBERHENTIAN KERJA: Meta merupakan antara syarikat teknologi besar yang memberhentikan pekerja dalam industri teknologi. - Foto fail -
MAJIKAN di Singapura masih lagi mencari pekerja bagi peranan teknologi, mengambil peluang untuk mendapatkan pekerja yang kehilangan kerja menyusuli siri pemberhentian kerja berprofil tinggi sejak 2022, kata perekrut dan pakar ekonomi.
Namun, pekerja yang terjejas mungkin tidak akan dapat pekerjaan mereka yang sebelumnya. Pemberhentian kerja itu menandakan pembetulan pasaran, selepas ledakan pengambilan pekerja teknologi semasa fasa kerja dari rumah ketika Covid-19, kata pemerhati dalam laporan The Business Times (BT).

