Topik diikuti
Pergi ke BHkuModal pasaran bursa S'pura tumbuh 2.5%, dana IPO capai $2.3 bilion

Modal pasaran bursa S'pura tumbuh 2.5%, dana IPO capai $2.3 bilion
PERTUMBUHAN pasaran permodalan bursa saham di Singapura meningkat lebih perlahan berbanding pertumbuhan pasaran saham Asia Tenggara, tetapi negara ini mendahului dari segi hasil dana Tawaran Awam Awal (IPO), menurut perangkaan yang ditampilkan akhbar The Business Times (BT).
Nilai permodalan pasaran syarikat yang disenaraikan di bursa saham Singapura meningkat 2.5 peratus mencapai AS$655.71 bilion ($932.8 bilion) pada akhir Oktober lalu, berbanding AS$639.96 bilion pada akhir Disember 2015.
