Lebih 500 SME teroka pasaran luar secara digital: Hong Tat
Premium
Lebih 500 SME teroka pasaran luar secara digital: Hong Tat
Jun 23, 2020 | 5:30 AM
PANELIS: (Dari kiri, atas) Moderator dan Naib Ketua Pertama, SGTech, Encik Andy Sim; Encik Chee Hong Tat; Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama, Eezee.sg; (kiri, bawah) Cik Dorothy Nah, Pengurus Besar Hiap Giap Food Manufacture; Encik Peter Ong, pengerusi ESG dan Encik Vikraman Ilango, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SELLinALL, sewaktu sesi perbincangan webinar semalam. - Foto IMDA -
LEBIH 500 syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura telah memperoleh akses ke pasaran luar negara baru secara digital menerusi platform baru.
Wadah itu disediakan menerusi daya usaha Akses Pasaran Antarabangsa melalui Wadah Digital (Inisiatif Grow Digital), yang diperkenal sewaktu Belanjawan pertama awal tahun ini.

