Langkah pelbagai sumber bekalan makanan bantu cegah kenaikan harga mendadak
Premium
Langkah pelbagai sumber bekalan makanan bantu cegah kenaikan harga mendadak
Mar 17, 2022 | 5:30 AM
HARGA TELUR NAIK: Harga telur telah meningkat sepanjang dua bulan lalu kerana faktor pasaran dalam sekitaran yang tidak menentu, seperti permintaan dan bekalan, harga makanan ayam, kos logistik, dan kekurangan tenaga pekerja. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
LANGKAH pemerintah mempelbagaikan bekalan makanan di Singapura telah membantu untuk mencegah kenaikan harga yang mendadak, kata pakar.
Ketua penyelidikan di UOB, Encik Suan Teck Kin, memberi contoh tentang kenaikan harga telur di Singapura tetapi berkata kenaikan itu mungkin lebih tinggi, seperti yang dilihat di negara lain, jika negara ini tidak mempelbagaikan bekalannya.

