Kenaikan ABSD mungkin dorong golongan kaya ke hartanah komersial
Premium
Kenaikan ABSD mungkin dorong golongan kaya ke hartanah komersial
May 9, 2023 | 5:30 AM

RUMAH KEDAI: Sektor rumah kedai, satu pasaran yang semakin hangat dalam lima tahun lalu, sudah menjadi lebih aktif, kata Encik Richard Tan, pengarah daerah kumpulan bersekutu kanan PropNex, yang mengawasi penjualan rumah kedai di agensi itu. - Foto 8M Real Estate -
LEBIH ramai hartawan mungkin menuju ke arah aset hartanah komersial di Singapura, sedang pelabur mengubah semula portfolio mereka menyusuli peningkatan kadar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) bagi hartanah kediaman oleh pemerintah.
Begitupun, pemerhati pasaran berkata pelabur bernilai tinggi (HNWI) dan pejabat keluarga mungkin tidak terhalang oleh ABSD 60 peratus itu - berganda berbanding kadar 30 peratus sebelumnya - yang kini perlu dibayar warga asing bagi sebarang pembelian hartanah kediaman.

